Autobots, mari menderum lagi!!
Robotize me! Wakaka!
24th June, here I come!
Am I watching this movie again for another 3 times? We’ll see about that.
The big great nothingness blog…
Robotize me! Wakaka!
24th June, here I come!
Am I watching this movie again for another 3 times? We’ll see about that.
Bukan Fate Testarossa ye? perhiasan semata2 je tu. Aku nak citer pasal gemuk, atau fat, atau デイブ(deibu) dan segala bahasa yg merujuk kpd org yg obese.
Mengikut buku sejarah aku, aku ni mmg dikenali dgn tahap kekurusan aku yg agak ekstrim. Dari kecik sampai la dewasa, aku kurus gile. Sampaikan time aku form 5, berat aku tak seimbang dengan tinggi aku 180cm, time tu berat aku hanyela 54kg, lg rendah dari berat minimum. Ni rupa aku 10 tahun yg lalu, time aku form 4.

Biler masuk Uniten, aku dah start kuat makan. So berat aku pun naik sikit, jd seimbang. Seingat aku so far, berat aku naik ke 65kg dan menten berat tu agak lamer. kire berat tu mmg cukup seimbang utk org cam aku ni. Takde la kurus sgt, dan tak gemuk. Perutku ramping khaann(iklan tumitrim), flat tp tade la tahap sampai six pack. Haha. Aku suke condition aku camni, aku kuat makan pun berat aku menten je 65kg. Ni rupa aku 5 tahun lepas, masih kurus lg tapi berisi la sikit.

Tapi ni berubah sejak aku masuk spital 2 thn lepas. Tah ape doktor cucuk bg ubat mcm2 ke dlm badan aku, wat kadar penyerapan lemak dlm badan aku tetibe aktif. Aku pun lom perasan perubahan tubuh aku time tu.
Aku mula perasan 3-4 bulan pastu biler terperasan perut aku mula timbul. Aku bimbang, so aku pegi timbang. Tgk2 berat aku dah 75kg! wtf?! 5-6 thn aku menten berat aku 65kg, tetibe berat aku naik sekelip mata! 10kg lak tuh! Lg horror time dekat nak puasa tahun tu, berat aku dah 80kg. WTF?!!
Biler puasa tu, aku cube control makan aku. Puasa mmg byk membantu, 5 hari seblum raya, berat aku turun byk gile sampai 68kg camtu. Byk gile turun tu, ok la tu. Aku balik kpg, melantak. Seminggu pastu, time jln2 gi menziarahi umah sanak sedara, salah satu umah ni ade penimbang. So aku gi gatal la timbang baper berat aku, ade naik tak 4-5kg? Skali timbang, pergh!!! Aku pikir balik, ape yg aku kuat gile makan seminggu tu, 5 hari puasa ngan 2 hari raya, berat aku naik sampai 10kg!! 78kg!!!! ARGHHHHHHHH!!! DALAM SEMINGGU JE LEH NAIK 10KG??!!
Mcm2 aku try. Cuti 3 bulan aku thn lepas, aku jogging 3 kali seminggu tiap2 pagi pas subuh. Masih gak takleh turun. Aku try gak time puasa thn lepas, ade la turun sikit tapi naik balik time raye. Arghh!! Ni rupa aku seblum raya tahun lepas. Mmg horror bagi aku.

Plg worse nye, time aku mula keja balik skang. SEMUA seluar slack kerja aku dulu, semua ketat! Aku yg biase pakai seluar lowered dari pinggang, terpakse pakai tinggi aras pinggang balik. Biler seluar dah naik, kaki seluar tu pun naik, jadi banjir bak kate org tua. Hampeh tul.
Nak bersenam, aku mmg tak cukup time nak pegi jogging. Argh.
Aku ni leh dikatakan gila handphone, tapi tgk musim jugak la. Baru-baru ni aku start berminat balik kat satu handphone ni. So aku ingat nak citer la sikit pasal handphone yg aku pernah guna sebelum ni sepanjang aku memiliki satu gadget yg sentiasa ada bersama aku di mana jua aku berada.
Ni senarai telefon bimbit aku penah guna sejak aku dapat nombor telefon (yg aku guna sampai sekarang, tak tukar2 lg):
Samsung SGH-600
Nokia 3310
Nokia 8310
Nokia 7210
Nokia 7610
Nokia 6630
Nokia 6680
Nokia N70
Nokia N73
Nokia 6120 Classic
Ni aku citer sikit setiap satu fon yg aku penah gune atas tu:
Jun 2001 - Samsung SGH-600
Ni fon pertama aku, second hand dari bapak aku pas dia guna setahun lebih. Dia bagi fon ni kat aku sebab dia nak beli Nokia 8210. Seronok gila time tu, ye la.. kan tu 1st handphone aku. Memang tak lepas tangan dgn fon tu setiap masa. Hehe. Fon ni la menemani aku ketika aku masuk ke UNITEN.
Ade la satu ketika, dalam Ogos tahun tu gak, aku keluar dengan Ashdee & awek dia kat Mines Shopping Mall. Kitorg lepak kat game arcade atas tu. Tetiba aku perasan, fon aku tetiba hilang dari poket aku. Either fon tu jatuh dari poket aku ataupun ada orang seluk dari poket seluar aku time aku tgh kusyuk main game. Jahanam punya budak curi fon aku tu.
Ogos 2001 - Nokia 3310
Time ni memang tengah hot gila fon ni di kalangan student. Waktu tu aku yang tengah guna fon samsung tu, kakak aku ada 3310. Dan ramai lagi yang guna sebab pakai fon ni macam satu trend baru. Fon samsung aku tu lak hilang kebetulan time bapak aku nak datang KL keesok harinya sebab ada kerja. 2 hari lepas fon aku ilang, bapak aku belikan aku brand new Nokia 3310 ni. Seronok gila aku sebab dah join trend 3310, dan ni 1st fon Nokia aku.
Bila dah lama aku guna fon ni, aku rasa bosan sebab ramai dah guna. So pada satu ketika, time puasa 2001, aku swap fon aku dengan fon 8250 member aku, Putra. Skali hilang plak fon tu kat apartment Uniten, dicuri sewaktu aku tengah tido. Last2 aku kena ganti, bagi fon 3310 aku kat Putra + bayar ganti rugi harga fon dia. Jahanam punya budak curi fon member aku, aku gak yang kena ganti. Buat sementara waktu tu, aku pinjam fon Ashdee, fon 3310 jugak. Ok la asalkan ada.
Disember 2001 - Nokia 8310
Ni fon pertama aku beli guna duit sendiri (aka PTPTN). Model baru release, aku beli brand new dalam harga RM1300. Superior kepada 8210 dengan 8250, dengan design yg cun gila, skrin LED putih, bunyi ringtone monophonic yg sedap, ringtone SMS pertama yg boleh ditukar, dan FM Radio, memang dibanggakan. Kira ini la fon paling kecik aku pernah ada.
Disember 2002 - Nokia 7210
Fon ni aku trade in dengan 8310 aku. Dari harga asal RM1450, aku dapat tolak sampai RM600++. Ni adalah 1st screen coloured dan 1st polyphonic fon aku dapat. Time tu aku sorang lak tu guna fon skrin kaler ni. Bangga gila aku, ramai la member2 aku yang jakun main fon ni. Dalam kelas fon aku ada je orang nak pinjam, nak tengok fon kaler ni. Hua hua. Bes gila, aku masukkan macam2 ringtone polyphonic dalam tu. Siap letak gambar Azumi Kawashima lagi dlm fon tu, hehe.
Fon ni jugak la fon pertama yang aku register utk GPRS. Time tu takde sape yang aku nak berMMS, activate GPRS tu utk surf je, itu pun ke jiwang@wap je, untuk download ringtone, gambar dan games.
Ogos 2004 - Nokia 7610
Selama lebih setahun setengah aku guna fon Nokia 7210 tu, aku jadi jeles dengan member2 aku yg dah start ramai guna fon kamera, terutamanya time tu lak tengah hot dengan Nokia 6600. Bila loan aku dah masuk, hari tu jugak aku pergi beli fon baru. Mula-mula aku nak angkat 6600, tapi aku decide beli Nokia 7610 terus, trade in dengan aku nye 7210. Rasanya ni fon paling mahal aku pernah beli, harga dia dalam RM2000. Aku trade in aku nye 7210, dapat la kurang RM500.
Tak ingat nye la bangga aku dpt fon super canggih tu, dah la design lawa, 1st fon kamera aku, 1st fon ringtone MP3 dan jugak 1st fon Symbian aku. MMC utk fon tu aku beli 128MB dalam RM400. (Gila mahal time tu, skang 4GB pun tak sampai RM30)
Dengan fon ni, macam2 la gambar mengarut aku dengan Owden amik. Dari gambar gundam sehingga lah kepada awek2 random. Dengan fon ni jugak la aku buat sebagai MP3 player. Video tak usah cerita la, macam-macam je 3gp mengarut kitorg rakam. Kira fon ni paling enjoyable since tak berapa ramai lagi guna fon ni.
November 2005 - Nokia 6630
2 hari seblum raya, bapak aku tetiba ajak pegi kedai telefon kat Wisma Saberkas. Dia nak beli fon baru, aku yang follow sekali pun turut rasa nak jugak fon baru. Puas aku pujuk bapak aku, dapat jugak la beli sekali. Dia beli Nokia 6680 (RM1400), aku ambik Nokia 6630 (RM1120) (trade in dengan 7610 aku dalam RM590). Yang beza dengan fon lama aku, 6630 ni guna Symbian baru, kamera 1.3 megapixel, dan 3G connection. Fon ni la aku install YM dan IRC, so boleh online chat bila2 dengan member2 online aku.
Tapi, tak sampai 2 bulan lebih aku guna fon ni, hilang plak fon ni. Samada tercicir time aku tengah makan dengan bapak aku ataupun ada orang curik kat opis aku (time tu opis aku baru pindah ke bangunan baru). Jahanam punya budak ambik fon aku tu.
Februari 2006 - Nokia 6680
Paling kelakar time fon Nokia 6630 aku ilang tu, kebetulan bapak aku ada kat KL jugak. Rasanye hilang sewaktu lepak dengan bapak aku. Dah takde choice, bapak aku bagi fon 6680 dia kat aku, dia beli Nokia N70 dengan harga RM1700. Bertambah lagi hutang kat bapak aku. Ok la fon ni, dapat gak fon yang lebih kurang sama function dengan 6630 aku, pastu ada kelebihan sikit, ada kamera kat depan utk video call 3G.
Fon ni jugak la fon pertama aku berjaya buat video call 3G dengan officemate aku. Fon ni antara fon paling lama aku guna seblum aku beralih kepada model fon lain.
November 2007 - Nokia N70
Once upon a time, tetibe mak ngan bapak aku decide nak beli handphone baru. Bapak aku beli N95, mak aku beli Nokia 6500 Classic. Dengan mudahnya bapak aku bagi aku fon lama dia, N70 supaya fon 6680 aku dapat ditrade in. Bila dapat handphone ni, ok la aku rasa. At least lagi canggih sikit dari 6680 aku tu; 2 megapixel camera, symbian baru, processing pun laju sikit. Asalkan ada je. At least aku dah setaraf dengan Owden la since dia pun ada N70 time aku guna 6680 dulu.
Dan kelakarnye, fon ni la fon pertama aku rosakkan. N70 ni terjatuh dalam toilet kat airport, terkeluar dari poket baju aku. Nasib baik dah flush time tu. Kelam kabut aku kat LCCT ari tu, nasib baik time tu nak balik Kuching.
Februari 2008 - Nokia N73
Hujung bulan 1 2008, kakak aku dengan mak aku datang KL. Diorang ada kursus kat opis diorang. So bila free tu, aku dengan kakak aku jalan2 area KL. Pastu kakak aku decide nak beli handphone baru, time tu lak dia guna N73. Dia nak fon clamshell(fon lipat), so fon paling sesuai request dia tu adalah Nokia N76. So dia bagi N73 dia kat aku, dia trade in N70 aku, pastu beli N76 utk dia sendiri. Haha. Bila dapat N73 ni, aku teramat la gembira. 3.2 megapixel Carl Zeiss lens camera, symbian OS lagi canggih, sound sedap dan lagi power dari N70.
Seronok la guna sebab dapat handphone agak power, tapi 2-3 bulan lepas tu tetiba fon tu jadi lembab gila. Tak tau kenapa, lag semacam je. Kekadang nak bukak sms yang baru sampai dekat seminit, apatah lagi nak masuk gallery ke apa, memang slow gila. Dah format pun masih sama jugak, hampeh tul. Bengang aku. Tapi nak buat macam mana, tu je fon yang ada, guna je la.
November 2008 - Nokia 6120 Classic
Ni sebenarnya fon abang ipar aku. Hari raya tahun lepas, dia tetiba terjatuhkan fon tu dari tempat tinggi (aku sendiri tengok fon tu jatuh). Board dia rosak, so dia hantar kedai kat Wisma Saberkas. Dah repair pun masih tak berapa elok, so bapak aku bawak KL repair fon tu. Bila dah ok, berebut plak family aku nak guna fon tu. So aku pun gatal nak mintak fon ni sebab dah tensen dengan N73 aku tu yang lembab tahap cipan gila. Akhirnya permintaan aku diluluskan. Tapi fon tu masih tak berapa OK, aku kena hantar repair lagi fon tu kat Lowyat. Dah ok pastu, aku guna la fon tu sampai la sekarang. Tapi lately fon ni kurang signal dalam bilik aku ni, tak tau kenapa. Adakah masalah dari fon ni atau stesen pemancar Maxis dah tak berapa elok? Ntah la, asal boleh guna dan tak lag, tu dah mencukupi untuk aku guna sampai la sekarang ni.
?? April/Mei 2009 ?? - Nokia 5800 XpressMusic??
Ramai di kalangan member aku guna PDA & iPhone. Mula2 aku tak berminat dengan fon touch screen ni, since nanti susah gila nak taip sms guna stylus pen. Tapi bila aku tengok demo fon Nokia 5800 XpressMusic ni, tetiba aku rasa teringin gila nak fon touch screen ni. Hoshii na~ Aku dah baca banyak review & info pasal 5800 ni, dan aku decide nak angkat fon ni! Mesti orang tanya, apsal tak beli HTC ke, iPhone ke? Apsal tak tunggu N97? Aku jawab aku nak berlatih guna fon touch screen utk pertama kali, so fon ni paling sesuai sebab 5800 ni macam perantara fon keypad biasa dengan fon PDA. N97 kompem mahal gila bila keluar di pasaran nanti. Sekarang harga 5800 baru dalam lebih kurang RM1200. Bila nak angkat fon ni? Bila ada duit la nanti….muahahaha….
Kalo ikutkan, 4 model fon je yang brand new dari 10 model yang aku pernah guna. Lain semua second hand dari bapak aku, kakak aku dan abang ipar aku. Dan paling ketara sekali, sejak aku beralih kepada brand Nokia, aku tak pernah memiliki model lain selain fon Samsung SGH-600 tu. Tapi tu bukannya bermakna aku ni fanboy Nokia je dan tak la stick kepada Nokia je, selain dari fon2 yang aku sebut kat atas ni, aku pernah gak guna fon lain yg bukan milik aku, just swap/pinjam untuk sementara waktu seperti fon Siemens C25, Nokia 3210, Nokia 8250(yg aku hilangkan, sori Putra), Motorola Startac, Ericsson R600, Nokia 8850, Motorola E398, Samsung SGH-E700 dan Sony Ericsson Z710i. Tapi bagi aku interface Nokia je paling senang aku nak guna. Dah try guna fon lain pun rasa Nokia lagi bagus. SE sak (perli SE fanboy)
Aku perlu berevolusi dalam dunia handphone ni. Semoga aku dapat mencapai impian aku memiliki Nokia 5800 XpressMusic dalam masa terdekat ni. Saa..?
meh aku review DBE ni….
Kalo ditanye cite ni bes ke tak, aku leh kate DBE ni lg sampah dari Street Fighter Legend of Chun Li….. Sbg fan Dragonball, aku mmg kecewa dgn segala perubahan yg 20th Century Fox ni buat, biler tgk cite ni, mmg rase frust gile. Aku dah try poin of view dari org yg tak penah tau pasal Dragon Ball, pun masih mengecewakan.
Susunan citer tak bagus, rushing nye storyline, watak tak cukup berkembang, actor fakap (aku benci tul pelakon Yamcha, gile over acting)…Yg leh dibanggakan CG effect je la time fighting. Itu pun Shen Long tak ingat nye cikai gile.
ni senarai perubahan mengarut dlm citer ni :Click to show
Ape2 pun, jgn segan2 nak tgk citer ni kalo raser nak kutuk Hollywood.
p/s: aku tergelak Son Goku pegi skolah pastu kene buli ngan anak2 kaye.